Saturday, January 30, 2016

Umat Akhir Zaman

Mengkaji raut wajah dan susuk tubuh Dajjal amat penting kerana terdapat lebih 10 hadith sahih yang menceritakan tentang fizikalnya. Hadith-hadith ini mempunyai 2 maklumat yang terkumpul iaitu tersurat dan tersirat.

Kemungkinan juga hadith yang menceritakan tentang bentuk fizikal Dajjal yang pelik-pelik itu adalah pesanan Rasulullah SAW kepada umat Islam yang hidup era Khalifah Ar-Rasyidiin, Bani Abbasiyah dan Uthmaniah.

Pada ketika itu, mungkin Dajjal masih lagi dalam ‘fasa merantau’ dengan tujuan mengumpul pengalaman, ilmu dan maklumat di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam.

Jadi Rasulullah memberikan pesanan tentang fizikal Dajjal kepada orang-orang Islam yang mana negeri-negeri mereka bakal dilawati oleh Dajjal.

Walaupun kita sering mengatakan bahawa hadith tersebut adalah untuk masyarakat akhir zaman, tetapi kita lupa period akhir zaman adalah bermula selepas kewafatan Rasulullah. Nabi Muhammad SAW sendiri adalah nabi akhir zaman maka di manakah abad sebenar akhir zaman abad ke-19, 20 atau 21?

Period akhir zaman yang paling sesuai ialah selepas kewafatan Rasulullah. Andainya sekarang adalah abad ke-17, maka masyarakat Islam akan mengatakan abad sekarang ini masih bukan lagi akhir zaman.

Begitu juga pada abad 21 sekarang ini, manusia abad ini masih tidak mengaku ianya akhir zaman. Pengakuan hanya pada lisan tetapi bila dibentangkan hadith, umat Islam akan katakan hadith tersebut untuk masyarakat akhir zaman tetapi bukan zaman sekarang.

Oleh itu, kemungkinan rupa bentuk Dajjal yang pelik dan menakutkan itu adalah rupa bentuk ketika ia (Dajjal) masih dalam period pengembaraan. Ia belum menukar wajahnya.

Pengembaraan Dajjal tamat selepas ia menjumpai Segitiga Bermuda dan juga selepas ia memuat perjanjian taat setia dengan Iblis laknatullah.

Sabda Rasulullah SAW;

“Barangsiapa yang mendengar nama Dajjal hendaklah ia berpaling darinya kerana demi Allah, sesungguhnya apabila ia menemuinya dan dia menganggap bahawa dirinya adalah seorang mukmin maka ia akan mengikutinya (Dajjal tersebut) dengan segala syubhat (kebatilan) yang dia bawa.”

HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Hakim dari Imran bin Hussain dan disahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam kitabnya Al-Misykat, hadith no:5488.

Maka bolehlah kita meyakini bahawa Dajjal suatu hari nanti akan menyamar seperti seorang mukmin sejati. Jika ia bukan menjadi mukmin sejati masakan mana mungkin Nabi berpesan bahawa ramai orang Islam yang akan mengikutinya.

Manakala orang Islam yang menjadi mangsa ''mind control'' Dajjal,
sudah pastilah orang Islam yang tidak mengkaji (atau mahu mengkaji) langsung tentang hadith-hadith Rasulullah. Mereka hanya menjadi pembaca hadith bukannya menghayati serta meneroka maksud hadith.

==================================================================================================================================================================================================================

PERIOD KEMUNCULAN DAJJAL SEKARANG

Period sekarang adalah period Dajjal dalam proses menukarkan susuk tubuhnya dan rupa parasnya agar setanding dengan manusia zaman ini. Kita tidak tahu apa yang dilakukan terhadap tubuh badannya sendiri dengan bantuan syaitan & jin.

Untuk muncul dalam masyarakat sekarang ini, kemunculan secara logik (dan dapat diterima akal) amat penting kerana ia akan menarik lebih ramai pengikut daripada muncul dalam rupa paras yang menakutkan orang-ramai.

Dajjal mungkin berusaha menukarkan susuk tubuhnya dan rupanya agar diterima orang ramai. Wajah yang paling sesuai adalah wajah-wajah Yahudi. Kemungkinan besar ia muncul sebagai ahli politik yang unggul dan disenangi semua orang termasuk umat Islam, Hindu dan Buddha.

Pastinya ramai tidak bersetuju dengan pandangan ini kerana berpendapat ianya bertentangan dengan hadith-hadith berikut:

“Orang tua Dajjal tidak pernah mendapatkan anak selama 30 tahun, kemudian lahirlah dari keduanya seorang anak lelaki yang hanya bermata satu, ….”
(Riwayat oleh At-Tarmizi)

“….sesungguhnya al-Masikh Dajjal adalah lelaki pendek, hujung tapak kakinya berdekatan sedangkan tumitnya berjauhan, beambut kerinting, bermata sebelah dengan mata yang terhapus.”
(Riwayat Abu Daud dalam Kitab Takrijul Misykat)

“…sesungguhnya kepala Dajjal dari belakangnya tebal berkelok-kelok.”
(Hadith riwayat Imam Ahmad dari Hisyam bin ‘Amir)

======================================================================

Pencerahan:

(Hadith-hadith ini mungkin Rasulullah SAW tujukan kepada umat Islam era selepas kewafatannya. Pada ketika itu, Dajjal adalah dalam fasa mengembara.)

Melalui penyelidikan ke atas sebuah manuskrip lama, rantai-rantai yang membelenggu tubuh badan Dajjal terus lebur selepas Rasulullah wafat.

Maka Dajjal menyambung pengembaraannya dalam keadaan Rasulullah telah wafat meninggalkan umat Islam. Tetapi Rasulullah memberi beberapa hadith yang menjadi panduan umat Islam mengenali Dajjal jika terserempak dengannya seperti hadith-hadith di atas.

===========================================================================================================================================

~Bukti Dajjal Mengubah Bentuk Fizikal dan Wajah

Dajjal mengubah wajah dan fizikalnya menjadi bentuk manusia zaman sekarang berdasarkan hadith panjang di bawah (saya ambil sebahagiannya sahaja).

“….mereka pun membuka pintu dan di belakangnya telah berada Dajjal bersama 70,000 Yahudi, masing-masing mereka memiliki pedang berhias dan bertoga di kepala. Ketika ia (Isa) memandang kepada Dajjal, Dajjal itu pun meleleh (hancur) seperti garam yang meleleh di dalam air; kemudian ia lari ….dan dihalang oleh Isa di pintu timur kota Lud (Palestin), kemudian Isa membunuhnya ….”

(Hadith sahih riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Lihat perkataan ini ''MELELEH''

''Meleleh'' bermaksud sesuatu yang berbentuk pepejal berubah menjadi cair disebabkan sesuatu penyebab. Dalam situasi di atas bolehlah diandaikan Nabi Isa telah menggunakan suatu teknik pandangan dan dengan kuasa Allah, wajah palsu Dajjal mencair dan wajahnya yang sebenar kelihatan.

Nabi Isa akan diturunkan (bukan muncul) sebagai manusia termaju sesuai untuk melawan Dajjal yang genius itu. Maka hadith di atas telah membuktikan hanya melalui ‘pandangan’ sahaja Nabi Isa mampu mencairkan topeng palsu Dajjal itu.

============================================================================================================================================

KEBIMBANGAN UMAT AKHIR ZAMAN

Sebagai umat Islam, kita amat bimbang tentang tiga perkara:

1) Pada ketika Dajjal muncul di tengah-tengah masyarakat, tiada seorang pun tahu ia adalah Dajjal kerana wajahnya telah diubah.

2) Pada ketika munculnya Imam Mahdi, tiada seorang pun sedar dia adalah Imam Mahdi kecuali orang-orang tertentu yang ditakdirkan Allah sahaja.

3) Pada ketika turunnya Nabi Isa, tiada seorang pun sedar ia adalah Nabi Isa kerana ketika itu manusia berada dalam keadaan jahil dan sentiasa merasakan dunia masih lagi bukan era akhir zaman.

Apabila membaca hadith Rasulullah SAW, kita mungkin hanya berfikir Nabi Isa turun dari langit kemudian terus membunuh Dajjal. Anggapan sebegini mungkin timbul kerana hadith berikut ringkas sahaja dan kita akan mengandaikan kejadian tersebut hanya berlaku sekejap sahaja.

Tetapi sebaliknya, kemungkinan kejadian tersebut lebih lama dari yang kita dijangkakan.

==================================================================================================================================================================================================================

DAJJAL MENYERUPAI NABI PALSU

Dajjal akan merupa diri sebagai Nabi Isa a.s..
Wajah sbnrnya akan terdedah ketika dia bertentang mata dgn Nabi Isa a.s di pintu bablud nti..

Jika Dajjal menjelmakan dirinya bermata satu, maka sia-sialah pengembaraannya selama beribu2 tahun

Bknkah Nabi kita berpesan bahawa Dajjal akan mendakwa dirinya Nabi pd awal kemunculannya???

Dan kemudian mendakwa dirinya Tuhan???

Kenapa ada yg mengikutnya ketika Dajjal sejauh itu tega mengaku dirinya Tuhan???

Kerana itu sebaik sahaja Nabi palsu ini bertembung dgn Nabi Isa a.s,maka cairlah topeng yg menutupi wajah sbnrnya kelak..

Siapakah yg sedang dinanti oleh umat Islam dan umat kristian akhir zaman ini jika bukan Nabi Isa A.S..

Maka disitulah Dajjal mempunyai peluang dan manfaat besar utk memperdaya sekelian umat manusia..

Jika Dajjal itu merupa diri sebagai orang lain, mana mungkin dia mampu mengumpulkan puluhan ribu manusia menyertainya??

Doakan agar kita terbenteng dari fitnah Dajjal..........

Al Quran dan as Sunnah (hadith) telah menceritakan segalanya bagi mereka yang mahu membuka mata hati...