حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ الْمَاجِشُونُ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ دِينَارٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ ـ رضى الله عنهما ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " الظُّلْمُ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ".
Maksudnya :
Ahmad bin Yunus telah menceritakan kepada kami, Abd al-Aziz al-Majisyun telah menceritakan kepada kami, Abdullah bin Dinar telah mengkhabarkan kepada kami daripada Abdullah bin Umar r.a daripada Nabi SAW: "Kezaliman akan mendatangkan kegelapan pada hari kiamat".
(H.R. Bukhari )
(Kitab Perbuatan Aniaya, Bab Kezaliman Adalah Kegelapan Pada Hari Kiamat, 2447, Sahih).
Keterangan Hadith:
Ibn Al-Jauzi berkata: “Kezaliman itu mengandungi dua kemaksiatan, iaitu mengambil harta orang lain tanpa alasan yang benar, dan menentang Allah dengan mengingkari perintah-Nya. Kemaksiatan kerana kezaliman adalah lebih besar dosanya jika dibandingkan dengan kemaksiatan lain. Ini kerana sekiranya terjadi kepada orang yang lemah, maka mereka tidak mampu untuk membela dirinya. Sesungguhnya kezaliman itu lahir dari kegelapan hati. Sekiranya hati bercahaya dengan cahaya hidayah, nescaya ia akan mengambil pengajaran. Dan apabila seseorang yang bertakwa berjalan dengan cahaya ketakwaannya, maka kezaliman seseorang tidak akan mempengaruhi dirinya.
Pengajaran Hadith:
1. Hadith ini menunjukkan bahawa manusia sama sekali dilarang melakukan sebarang kezaliman sama ada kepada sesame manusia ataupun makhluk-makhluk lain.
2. Kezaliman yang dilakukan akan membawa kepada dosa serta menjadikan seseorang itu gelap hatinya untuk mendapat hidayah Allah.
Rujukan:
(Ibn Hajar al-Asqalani. 2009. Fath al-Baari Penjelasan Kitab Sahih al-Bukhari. Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Ketiga. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitab Al-Mazhalim(Perbuatan Aniaya). Bab 8. Halaman 19-20).