(Mentaliti Doktor Yg Di Sihir Dajjal )
Dalam kepesatan dunia moden hari ini termasuk di dunia Islam
dan dunia Barat, berapa ramai yang percaya dengan kewujudan hantu, syaitan dan
alam ghaib?
Jawapannya, sudah tidak ramai yang percaya dan ramai pula
mempersoalkan kewujudan makhluk ghaib dengan meminta penjelasan sains moden.
MIND CONTROL:
Ramai di kalangan ‘cerdik pandai’ yang mengatakan gangguan
histeria adalah disebabkan masalah tekanan perasaan walaupun mangsa histeria
itu berkali-kali memberitahu bahawa dia ternampak hantu atau makhluk yang
menakutkan sehingga menyebabkan dia menjerit ketakutan. Hantu juga adalah dari
bangsa jin dan syaitan.
Kaedah perubatan psikologi moden cuba untuk menidakkan
kewujudan makhluk ghaib dalam kes histeria dengan menggantikan ia dengan terma
tekanan perasaan.
Malah, seorang pakar motivasi di Malaysia yang beragama
Islam (tidak perlu sebutkan namanya) juga mengatakan ia bukan disebabkan
gangguan makhluk halus, melainkan ia adalah kesan tekanan perasaan.
Sebenarnya dalam perancangan Illuminati, mereka cuba untuk
membuatkan manusia tidak percaya kepada kewujudan makhluk ghaib (termasuk
syaitan dan makhluk ghaib yang sama jenis dengannya). Oleh itu, mereka
mewujudkan cabang ilmu baru iaitu ‘psikologi’ dan ‘psikiatri’ atau bahasa
mudahnya ilmu perubatan sakit jiwa.
Maka, setiap ubatan yang dibekalkan untuk merawat pesakit
jiwa (kadang kala pesakit itu tidak benar-benar gila) akan menyebabkan
seseorang itu menjadi benar-benar sakit jiwa, kesan daripada ubat kimia dadah
yang diberikan.
Ia adalah strategi menggilakan orang untuk menutup persepsi
terhadap kepercayaan manusia terhadap kewujudan syaitan, supaya manusia tidak
menentang syaitan.
Perubatan psikologi moden hanya mementingkan unsur logik
dengan menolak elemen mistik, secara langsung menjerumuskan manusia ke kancah
penafian terhadap alam ghaib dan kewujudan Tuhan.
Tidak mempercayai kewujudan syaitan juga akan membawa kepada
kesan kepada tahap keyakinan manusia terhadap kewujudan Tuhan. Kesannya,
manusia mula mempersoalkan kewujudan Tuhan.
Apabila manusia sudah tidak mempercayai kewujudan syaitan
dan lebih mempercayai sains moden, maka secara automatik minda manusia berjaya
dikawal dari segi jiwa. Mereka menguasai jiwa manusia, menguasai kepercayaan
manusia. Nampak semua ini?
Ini bermaksud para cerdik pandai dalam sains dan psikologi
juga sudah dikawal minda, tetapi dengan syarat iaitu hanya jika mereka menolak
kepercayaan terhadap kewujudan syaitan yang menjerumus kepada mempersoalkan
kewujudan Tuhan.
Matlamat mereka ialah untuk menjauhkan manusia daripada Tuhan
dan agama.
Malah, golongan Illuminati yang terlibat dalam bidang
perubatan juga kini cuba menjadikan kaedah hipnotik (pukau) sebagai salah satu
daripada sains perubatan moden. Sedangkan pukau itu adalah sihir, dan sihir itu
amalan syaitan.
Kaedah hipnotik ini dikatakan mampu menenangkan fikiran
pesakit (trauma) kerana ia boleh menjadikan minda kosong buat seketika.
Bahaya apabila minda menjadi kosong, kerana pada masa itulah
syaitan akan cuba menguasai minda melalui saluran darah. Ia adalah strategi terancang
antara syaitan dengan agenda para penyembahnya.
Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya syaitan itu bergerak di
dalam diri anak Adam melalui saluran darah. Maka sempitkanlah perjalanannya
dengan berlapar.” - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Terdapat mesej berguna dalam hadis Rasulallah ini, iaitu
syaitan bergerak melalui saluran darah dan perjalanan syaitan menjadi sukar
jika kita berlapar. Secara fitrah, manusia akan ligat berfikir ketika lapar.
Ia termasuk berfikir bagaimana cara untuk mendapatkan
makanan (jika tidak berpuasa), atau sentiasa mengingati Allah dan akur dengan
rezeki yang ditetapkan-Nya.
Langkah mengingati Allah menandakan minda kita tidak kosong,
maka syaitan sedikit sukar untuk menguasai minda kita. Jadi, motif utama
hipnotis ialah untuk mengosongkan minda manusia supaya mudah dikawal.
"Ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat kepadamu,
dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari Aku". (Quran,
Al-Baqarah: 152)
-
Lihatlah bagaimana minda kita dikawal dari segi nafsu
(kelemahan utama manusia), pemakanan, penglihatan dan jiwa kita. Janganlah kita
terus menjeratkan diri dalam sistem ini, sekali minda dikawal, kita akan terus
terjerat dalam sistem Dajjal.
Bebaskan minda, hiduplah dengan bebas dalam jalan lurus yang
ditunjukkan Muhammad, ini kerana Islam diturunkan untuk membebaskan manusia
daripada kesesatan dan kebodohan.
Dan, amalan yoga juga bertujuan untuk mengosongkan minda
walaupun pada kasarnya dikatakan untuk meningkatkan koordinasi antara minda dan
tubuh serta mengekalkan kesihatan dengan langkah merehatkan minda yang kosong.
Yoga adalah amalan dalam agama Hindu (khurafat).
Cukuplah jika kita bersolat 5 waktu kerana khasiatnya jauh
lebih baik daripada yoga.
Bahkan Allah telah menyuruh kita berhati-hati terhadap
berita dari mereka:
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang
fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak
menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang
menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”
Qur’an surah Al-Hujuraat (49) : 6
==============================================================
AMALAN KESYAITANAN DAJJAL
Keturunan ini memainkan peranan yang cukup besar dalam
menjayakan agenda Dajjal melalui Illuminati dan Freemason sejak sekian lama.
Mereka juga menguasai semua gereja Kristian dan berselindung
disebalik agama pagan yang diperbaharui dengan mencemarkan nama Nabi Isa dan
dengan menghina Allah melalui konsep trinity pagan yang digunapakai dalam agama
Kristian.
Dajjal adalah nama
besar dalam Top 13 daripada lebih 1,500 keturunan Illuminati yang ada di dunia hari
ini.
Keturunan Rockerfeller juga berperanan mengendalikan lebih
200 hingga 1,000 operasi sumber dana rahsia kepada pakatan-pakatan rahsia yang
berlarutan sejak zaman berzaman.
==============================================================
ANTARA PERANAN DAJJAL
1) Menyediakan sumber dana seperti Sealantic Fund kepada
seminar-seminar sains tulen yang menidakkan konsep ketuhanan secara
tersembunyi.
2) Menyediakan sumber dana kepada universiti-universiti
untuk menjalankan kegiatan pendidikan seperti mengendalikan The Union
Theological Seminary yang membincangkan unsur-unsur logika dengan kepercayaan
sehingga menjerumuskan golongan cendekiawan ke arah pemikiran yang akhirnya
tidak mendukung fahaman keagamaan, ia adalah strategi brain-wash.
3) Menyediakan dana untuk penubuhan agama-agama baru
berpaksikan tuhan selain Allah seperti Scientology, Cao Dai, Lucis Trust dan
sebagainya.
4) Menentukan siapa yang berhak diketengahkan melalui media
atau dijatuhkan melalui media di Amerika dan Eropah.
5) Menggerakkan gerakan anti agama menerusi muzik, filem,
kartun dan lain-lain kaedah. Keturunan Dajjal berperanan sebagai pengawal yang mengawal
pergerakan media, bank dan kerajaan, tetapi tidak memiliki firma media, bank
atau menduduki kerusi kerajaan.
6) Pengaruh dan peranan keturunan Dajjal dalam menggerakkan agenda sulit terutama
penubuhan house (kerajaan) baru iaitu Israel.
7) Simbol pentagram dan hexagram dijadikan simbol untuk
mewakili pergerakan Satanis kerana simbol itu telah sebati dengan pintu dunia
syaitan, disebabkan digunakan sebagai medium sihir sejak zaman berzaman, ia
tetap mampu menjadi elemen sihir walaupun diterbalikkan.
==============================================================
PENGARUH DAJJAL DLM
SISTEM PENDIDIKAN HARI INI
1) Semua pemikiran-pemikiran pelajar Islam di
universiti-universiti di negara Islam sekarang sedang mengalami proses
pembaratan ilmu walaupun ilmu yang dipelajari itu sebenarnya berasal dari
sarjana Islam.
2) Pelajar-pelajar muslim diasak dengan maklumat-maklumat
buku rujukan yang diimport dari barat. Buku-buku itu tidak lain hanya
menonjolkan kelebihan penulis barat berbanding sumbangan sarjana Islam.
3)Buku-buku rujukan cetakan univerisiti Barat secara
berstrategi tidak meletakkan langsung sejarah tokoh-tokoh Islam yang menjadi
pengasas ilmu tersebut.
Misalnya bidang Psikologi, pengasasnya ialah Abu Nasr
al-Farabi yang menulis buku bertajuk Opinion of Citizens of Uthopia pada 950 M.
Tetapi masyarakat tidak mengiktirafnya, mereka meletakkan
tokoh Yahudi mereka sebagai pengasas iaitu Sigmund Freud yang hanya
memperkenalkan teori Psikonalasis pada 1890-an.
4)Pensyarah-pensyarah muslim berpendidikan barat adalah agen
penyebab kepada proses pembaratan ilmu-ilmu sains sosial di negara-negara
Islam. Mereka ini tanpa usul periksa terhadap apa yang dipelajari akan
mempromosi semua idea-idea profesor-profesor mereka yang mereka jumpa di barat.
==============================================================
STRATEGI DAJJAL DALAM
ILMU PENDIDIKAN
Dajjal amat berkehendak untuk memastikan semua masyarakat
dunia menghormati umat Yahudi. Dajjal bukan sahaja mahu dunia mengkagumi Yahudi
dari segi kuasa ekonomi, tetapi menghormati mereka dalam ruang ilmu pendidikan
khususnya Sains Sosial.
Dalam konteks ini, Dajjal melalui agen-agennya di Oxford dan
Harvard berusaha menerbitkan buku-buku teks rujukan untuk
universiti-univerisiti tempatan. Oxford dan Harvard cuba dipopularkan agar
menjadi istana impian para siswazah seluruh dunia.
Dajjal juga berusaha memadamkan pengaruh tokoh-tokoh Islam
dalam arena pendidikan. Walaupun usaha ini kelihatan baru berusia 100 tahun
tetapi hasilnya kini amat memberansangkan.
Sehingga sekarang, pensyarah-pensyarah bidang Sains Sosial
menjadikan universiti barat sebagai kiblat utama bidang mereka.
Mereka berasa bangga sekiranya mampu berbicara hal ehwal
teori sains sosial di depan pelajar-pelajar, padahal teori-teori yang
dibanggakan itu sarjana Barat, sebenarnya diciplak dari sarjana-sarjana Islam
sendiri.
Sememangnya pihak Yahudi sejak 300 tahun dahulu merancang
untuk menghancurkan warisan sejarah tokoh-tokoh Islam.
Ahli-ahli akademik berbangsa Yahudi yang berselerak di
Harvard dan Oxford bertungkus-lumus memadamkan sumber-sumber ilmu sarjana Islam
dari pengetahuan pelajar-pelajar muslim.
Semasa perang Salib, yahudi telah menyerang kota ilmu umat
Islam yg berhampiran dengan sungai furat Baghdad, Iraq yang mengorbankan ramai
tokoh-tokoh ilmuan Islam serta berlakunya rampasan terhadap kitab-kitab umat
Islam yang unggul seperti kitab-kitab yang berkaitan dengan ilmu perubatan,
teknologi, falsafah, sains dan sebagainya.
==============================================================
KESIMPULAN:
Dajjal tidak hanya menyerang dalam bentuk penguasaan
ekonomi, teknologi, politik dan peperangan tetapi dunia pendidikan juga menjadi
intipati utama dalam konspirasinya.
Dunia pendidikan penting dikonspirasikan oleh Dajjal kerana
ia merupakan dunia yang melahirkan cendikiawan yang mampu melaras bentuk-bentuk
pemikiran diri sendiri dan orang lain.
Maka input untuk individu-individu yang bakal bergelar
cendekiawan harus dibina dari akar umbi agar individu tersebut menjadi agen
Freemason tanpa ia sendiri sedari.