Friday, January 29, 2016

Penelitian sabjek sejarah berdasarkan cerita "Matrix"

Ada satu babak dalam filem The Matrix, di mana Neo berjumpa dengan The Architect, Neo bertanya adakah dia patut menyelamatkan Trinity atau The Keymaker..
The Architect jawab..
"Kenapa kau perlu tanya aku..? Kau dah berulang-ulang melakukan perkara ini sebanyak 7 kali.. Ada ketika kau memilih menyelamatkan Trinity.. Dan ada ketika kau memilih menyelamatkan The Keymaker.."
Dialog diantara Neo dan The Architect ini merupakan realiti ketamadunan manusia, fitrah ciptaan manusia. Manusia, sepanjang kita wujud di muka bumi, telah berulang-kali melakukan perkara yang sama..
Ada yang membawa ke arah kejayaan dan kegemilangan..
Ada yang membawa ke arah kekalahan dan kebinasaan..
Kalau dahulu manusia membunuh, hari ini manusia masih membunuh. Kalau dahulu manusia tamak, hari ini juga manusia tamak. Kalau dahulu ada manusia yang menggelarkan diri Tuhan, hari ini juga ada manusia yang menggelarkan dirinya Tuhan..
Pokok-pangkalnya, MANUSIA TIDAK PERNAH BERUBAH..
Dan kerana realiti ini jugalah, Al-Quran itu 'valid' sepanjang zaman.. Kerana Al-Quran itu mengajar tentang manusia..
Al-Quran itu mengajar bagaimana untuk mengubah manusia.. Al-Quran mengajar manusia supaya sentiasa beringat, 'cause and effect'..
----------
Sejarah adalah suatu perkataan pinjaman daripada bahasa Arab.
Sejarah, atau Shajarah bermaksud POHON di dalam bahasa Arab.
Di dalam Al-Quran surah Ibrahiim ayat 24 dan 25 diterangkan mengenai 3 komponen penting yang ada pada sebuah pohon itu iaitu AKAR, CABANG dan BUAH.
Sejarah juga mempunyai 3 komponen penting ini iaitu PUNCA atau SEBAB, KEJADIAN (yang berlaku kerana punca itu), dan HASIL atau AKIBAT daripadanya.
Dalam penerangan yang lebih mudah:
1) AKAR - PUNCA atau SEBAB
2) CABANG - KEJADIAN (yang berlaku kerana punca itu)
3) BUAH - HASIL atau AKIBAT
Apabila kita berjaya berdepan realiti ini dan memahaminya, kita sebenarnya telah mendapat satu cabang ilmu untuk mengetahui sebab dan akibat, kita akan tahu bagaimana untuk membangkitkan sesuatu ketamadunan..
Dan, kita juga akan tahu bagaimana untuk meruntuhkannya...
----------
Pernahkah kita bertanya kepada diri kita mengapa Barat hari ini, melalui organisasi-organisasi tertentu sanggup menaja dan mengeluarkan belanja jutaan dollar untuk mengkaji sejarah..?
Mengapa mereka sanggup berhabisan dalam usaha 'preservation' sejarah melalui penterjemahan manuskrip-manuskrip, membuat usaha penggalian arkeologi dan sebagainya..?
Semuanya kerana ilmu..
Bukan sahaja ilmu teknologi, ilmu matematik, ilmu pembuatan, tetapi ilmu yang paling hebat yang ada..
Ilmu mengawal manusia..
Dengan sejarah mereka akan tahu kelemahan dan kekuatan sesebuah bangsa. Algoritmanya dan kebiasaannya.
"Jika ini yang kita bagi, ini yang akan berlaku. Jika kita buat begini, akan jadi begitu.."
Dengan ilmu inilah mereka mengawal manusia, terus-menerus memecah-belahkan mereka. Halang mereka dari bersatu. Dividing us into factions.. Berkabilah-kabilah..
Senjata dan mediumnya..?
Media.
----------
Maka berhati-hatilah dalam menerima apa-apa saja dari media. Anda tidak tahu yang masuk itu mungkin adalah jarum racun yang sangat halus, yang sedang membunuh anda perlahan-lahan...
Allah menegaskan di dalam Al-Quran, berhatilah-hatilah dengan musuh yang pergerakannya seperti Ulat memakan daun.. Sedikit demi sedikit..
"Jika tidak mampu menghasilkan sebuah Revolusi, kita tanamkan ideologi sebuah Evolusi.."
----------
Inilah pentingnya ilmu dan kefahaman kita mengenai Sejarah. Ia adalah 'foundation' kepada ilmu-ilmu yang lain.
Ianya bukan sekadar sebuah ilmu untuk terus hidup di dalam kegemilangan silam. Tetapi ianya ilmu untuk kita pelajari mengapa dan bagaimana untuk mengembalikan kegemilangan tersebut dan pada masa sama mengelakkan perkara-perkara yang meruntuhkannya..
Sekali lagi, berhati-hatilah...
"Untuk memastikan sebuah POHON itu mati, RACUNLAH akarnya.."
----------
"You can wipe out an entire generation, you can burn their homes to the ground and somehow they'll still find their way back.
But...
...if you destroy their history, you destroy their achievements and it's as if they never existed."