حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى أَخْبَرَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ مُعَلَّى بْنِ زِيَادٍ عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ قُرَّةَ عَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ح وَحَدَّثَنَاهُ قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنِ الْمُعَلَّى بْنِ زِيَادٍ رَدَّهُ إِلَى مُعَاوِيَةَ بْنِ قُرَّةَ رَدَّهُ إِلَى مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ رَدَّهُ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " الْعِبَادَةُ فِي الْهَرْجِ كَهِجْرَةٍ إِلَىَّ " .
(كتاب الفتن وأشراط الساعة, باب فَضْلِ الْعِبَادَةِ فِي الْهَرْجِ, ٢٩٤٨, حديث صحيح)
Maksudnya:
Yahya bin Yahya telah menceritakan kepada kami, Hammad bin Zaid telah mengkhabarkan kepada kami daripada Mu’alla bin Ziyad daripada Mu’awiyah bin Qurrah daripada Ma’qil bin Yasar bahawa Rasulullah SAW, ح, Qutaibah bin Said telah menceritakannya kepada kami, Hammad telah menceritakan kepada kami daripada Mu’alla bin Ziyad dia mengembalikannya kepada Mu’awiyah bin Qurrah, dia mengembalikannya kepada Ma’qil bin Yasar, dia mengembalikannya kepada Nabi SAW baginda bersabda: "Beribadat di saat-saat huru hara (dunia kacau bilau) adalah seperti berhijrah kepadaku". (Riwayat Muslim)
(Kitab Fitan, Bab Kelebihan Beribadat Di Saat Huru-Hara, 2948, Shahih)
Penerangan Hadith:
Sememangnya tabiat manusia itu apabila ditimpa sesuatu kesulitan, mereka akan mengadu untuk melakukan sesuatu ibadat. Mereka akan berkata, jika kesulitan ini tidak terjadi pasti aku akan lebih mudah untuk melakukan sesuatu ibadat. Namun, apabila keadaan semakin baik, mereka akan terus lupa untuk melakukannya.
Orang yang mampu beribadat dan menunaikan kewajipan agamanya di saat-saat yang penuh dengan huru hara dan gangguan dari segenap penjuru, dan mampu mengingati Allah SWT di saat-saat orang lain lupa dan di sibukkan dengan perkara-perkara yang melalaikan. Mereka akan diberikan pahala seperti pahala hijrah yang telah dilakukan oleh kaum Muhajirin di zaman Rasulullah saw.
Mudah-mudahan kita termasuk di kalangan mereka yang mampu beribadat walaupun di dalam keadaan dan suasana yang sangat menyibukkan, dan mudah-mudahan kita mendapatkan pahala besar yang telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW tadi.
Pengajaran Hadith:
1 .Allah menjanjikan ganjaran yang besar bagi umatnya yang mampu mempertahankan imannya walaupun pada saat huru-hara.
2. Setiap muslim harus berusaha untuk mempertahankan iman dan berusaha untuk tetap melakukan ibadah walaupun keadaan huru-hara.
Rujukan:
Imam Yahya Bin Syarif An-Nawawi. 2000. Shahih Muslim Bi Syarah Nawawi. Pentahqiq: Muhammad Fuaad Abdul Baqi. Juzuk 18. Beirut, Lubnan. Halaman 70.
Muhammad Idris Al-Marbawi. 2008. Bahru Al-Madzi Syarah Mukhtashar Shahih at-Tirmidzi. Pengalih Tulisan: Noraine Abu. Juzuk 15. Kuala Lumpur. Halaman 156-157.