Sunday, January 31, 2016

Perangi Kaum Yahudi

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ - يَعْنِي ابْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ - عَنْ سُهَيْلٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ "‏ لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ فَيَقْتُلُهُمُ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ ‏.‏ إِلاَّ الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ ‏"‏ ‏.
(كتاب الفتن وأشراط الساعة, بَاب لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَمُرَّ الرَّجُلُ بِقَبْرِ الرَّجُلِ فَيَتَمَنَّى أَنْ يَكُونَ مَكَانَ الْمَيِّتِ مِنْ الْبَلَاءِ,٢٩٢٢, صحيح مسلم  )

Maksud Hadith :
Qutaibah bin Said telah menceritakan kepada kami, Ya‘qub iaitu Ibn Abd al-Rahman telah menceritakan kepada kami daripada Suhail daripada bapanya daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan terjadi kiamat sebelum kaum muslimin memerangi kaum Yahudi. Apabila kaum Yahudi itu bersembunyi di balik batu dan pohon kayu, maka batu dan pohon kayu itu berkata: “Wahai muslim, ini ada orang Yahudi di belakangku, marilah, bunuhlah dia.” Kecuali pohon Ghorqod (sejenis pohon yang berduri) kerana pohon itu adalah pohon Yahudi. (HR. Muslim)

Keterangan Hadith :
Yahudi sejak dari dahulu lagi merupakan kaum yang sentiasa memerangi agama Allah. Nabi-nabi terdahulu dihantar untuk tujuan menegakkan agama Allah telah dicaci, dihina malah ada juga yang telah dibunuh oleh mereka. Namun, suatu hari nanti kita akan dapat mengalahkan kaum Yahudi ini. Akan tiba masa kaum muslimin seluruh dunia akan bersatu, berada di bawah satu panji, satu tujuan iaitu untuk meninggikan kalimat Allah. Para mujahidnya akan berjuang dengan niat untuk mencari keredhaan Allah seperti yang dilakukan oleh para sahabat zaman Rasulullah dahulu. Allah akan memberikan pertolongan. Orang-orang Yahudi akan dapat dikalahkan, mereka lari bertempiaran, mencari tempat persembunyian di bawah pokok, di balik batu dan sebagainya. Sungguh ajaib pokok dan batu pada ketika itu seolah-olah turut sama menolong umat Islam.

Pengajaran Hadith :
1.  Seluruh kaum Muslimin mestilah bersatu, memantapkan tahap keimanan juga turut mempersiapkan diri untuk menghadapi musuh-musuh Allah.
2. Yahudi adalah kaum yang paling degil serta mempunyai banyak sejarah dan ramai nabi dihantar kepada mereka untuk tujuan dakwah namun ada diantara mereka yang membunuh nabi utusan Allah kepada mereka.

Rujukan :
Imam al-Hafiz Abi Husain Muslim bin al-Hajjaj. Sahih Muslim. Baitul Afqar Dauliyyah: Riyadh. Kitab 52. Bab 18. No. Hadith 2922. Halaman: 1171.

Drs. H. Syahrin Nasution. 2003. 50 Hadis Menceritakan Dunia Akhir Zaman. Pustaka Syuha: Kuala Lumpur. Halaman: 107- 109

Larangan Mengacukan Senjata Kepada Muslim

حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ عَنْ مَعْمَرٍ عَنْ هَمَّامٍ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " لاَ يُشِيرُ أَحَدُكُمْ عَلَى أَخِيهِ بِالسِّلاَحِ فَإِنَّهُ لاَ يَدْرِي لَعَلَّ الشَّيْطَانَ يَنْزِعُ فِي يَدِهِ فَيَقَعُ فِي حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ ".

Maksudnya:
Muhammad telah menceritakan kepada kami, Abd al-Razzaq telah mengkhabarkan kepada kami daripada Ma‘mar daripada Hammam, aku mendengar Abu Hurairah daripada Nabi SAW bersabda: “Janganlah seseorang mengacukan senjatanya kepada saudaranya sesama muslim, kerana dia tidak tahu syaitan akan mempengaruhinya sehingga dia akan membunuh saudaranya itu, lalu dia akan masuk neraka”.

Keterangan hadith :
Dalam hadith ini terdapat larangan melakukan sesuatu yang dapat mendorong seseorang kepada perbuatan terlarang meskipun larangan itu belum pasti dilakukan, baik dia bersungguh-sungguh atau pun hanya bergurau. Menurut al-Tin, maksud perkataan yanzi’uhuu adalah mencabutnyaa dari tangan orang itu dan menghalakan kepada saudaranya, atau dia mendorong tangannya agar menimpa saudaranya. Sebagaimana yang disebut dalam hadith Abu Hurairah yang bermaksud “Para malaikat melaknat salah seorang kamu jika menunjuk ke arah orang yang lain dengan besi tajam meskipun itu adalah saudaranya sebapa dan seibu.” Oleh itu, kita dilarang untuk bermain-main dengan alat yang tajam walaupun tanpa sebarang niat yang jahat kerana dikhuatiri akan terdorong dengan bisikan syaitan.

Pengajaran Hadith :
1. Islam melarang umatnya daripada mengacu atau mengarahkan senjata kepada sesama muslim.
2. Dalam hadith lain daripada Imam Muslim juga menyebut larangan membawa senjata di kawasan lapang yang mempunyai ramai orang. Hal ini menunjukkan Nabi SAW mementingkan silaturrahim antara umat Islam.

Rujukan:

(Ibnu Hajar al-Asqalani, 2009, Fath al-Baari Penjelasan Kitab Sahih al-Bukhari . Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Pertama. Jilid 35. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitab al-Fitan. Bab 7. Halaman 72-80.)

Kezaliman Adalah Kegelapan Pada Hari Kiamat

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ الْمَاجِشُونُ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ دِينَارٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ ـ رضى الله عنهما ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " الظُّلْمُ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ".

Maksudnya :
Ahmad bin Yunus telah menceritakan kepada kami, Abd al-Aziz al-Majisyun telah menceritakan kepada kami, Abdullah bin Dinar telah mengkhabarkan kepada kami daripada Abdullah bin Umar r.a daripada Nabi SAW: "Kezaliman akan mendatangkan kegelapan pada hari kiamat".
(H.R. Bukhari )
(Kitab Perbuatan Aniaya, Bab Kezaliman Adalah Kegelapan Pada Hari Kiamat, 2447, Sahih).

Keterangan Hadith:

Ibn Al-Jauzi berkata: “Kezaliman itu mengandungi dua kemaksiatan, iaitu mengambil harta orang lain tanpa alasan yang benar, dan menentang Allah dengan mengingkari perintah-Nya. Kemaksiatan kerana kezaliman adalah lebih besar dosanya jika dibandingkan dengan kemaksiatan lain. Ini kerana sekiranya terjadi kepada orang yang lemah, maka mereka tidak mampu untuk membela dirinya. Sesungguhnya kezaliman itu lahir dari kegelapan hati. Sekiranya hati bercahaya dengan cahaya hidayah, nescaya ia akan mengambil pengajaran. Dan apabila seseorang yang bertakwa berjalan dengan cahaya ketakwaannya, maka kezaliman seseorang tidak akan mempengaruhi dirinya.


Pengajaran Hadith:
1. Hadith ini menunjukkan bahawa manusia sama sekali dilarang melakukan sebarang kezaliman sama ada kepada sesame manusia ataupun makhluk-makhluk lain.
2. Kezaliman yang dilakukan akan membawa kepada dosa serta menjadikan seseorang itu gelap hatinya untuk mendapat hidayah Allah.
Rujukan:
(Ibn Hajar al-Asqalani. 2009. Fath al-Baari Penjelasan Kitab Sahih al-Bukhari. Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Ketiga. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitab Al-Mazhalim(Perbuatan Aniaya). Bab 8. Halaman 19-20).

Kejatuhan Kekuasaan Kisra & Kausar

حَدَّثَنَا عَمْرٌو النَّاقِد وَابْنُ أَبِي عُمَرَ - وَاللَّفْظُ لاِبْنِ أَبِي عُمَرَ - قَالاَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " قَدْ مَاتَ كِسْرَى فَلاَ كِسْرَى بَعْدَهُ وَإِذَا هَلَكَ قَيْصَرُ فَلاَ قَيْصَرَ بَعْدَهُ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَتُنْفَقَنَّ كُنُوزُهُمَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ " .
(كتاب الفتن وأشراط الساعة, بَاب لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَمُرَّ الرَّجُلُ بِقَبْرِ الرَّجُلِ فَيَتَمَنَّى أَنْ يَكُونَ مَكَانَ الْمَيِّتِ مِنْ الْبَلَاءِ,٢٩١٨, صحيح مسلم )

Maksudnya:
Amru bin al-Naqid dan Ibn Abi Umar telah menceritakan kepada kami, keduanya berkata, Sufyan telah menceritakan kepada kami daripada al-Zuhri daripada Said bin al-Musayyab daripada Abi Hurairah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Jika Kisra (Parsi) telah mati binasa, maka tidak ada lagi Kisra setelahnya. Dan jika Kaisar (Byzantium ) telah mati binasa, maka tidak ada lagi Kaisar setelahnya. Demi Zat yang diriku ada dalam genggaman tangan kuasa-Nya ,sungguh harta kekayaan keduanya akan diinfakkan di jalan Allah”.

KETERANGAN HADITH

“Jika Kisra (Parsi) telah mati binasa, maka tidak ada lagi Kisra setelahnya”, adalah penjajah Imperium Sasanik di kawasan Arab iaitu Iraq. (Atau dengan kata lain, ia tidak akan lagi berkuasa di sana. Selain itu maksud sabda nabi “Dan jika Kaisar (Byzantium ) telah mati binasa, maka tidak ada lagi Kaisar setelahnya” adalah penjajah di kawasan Arab iaitu Syam (Syria).
Hal yang sama ditegaskan oleh Al-Hafizh Ibnu Hajar dalam kitab Fath al-Bari Bi Sharh Sahih al-Bukhari yang mengatakan “ yang dimaksudkan dengan perkataan “Kisra” dan “ Kaisar” dalam hadith di atas ialah kisra adalah gelaran raja di Parsi dan Kaisar adalah gelaran raja di Byzantium ( Bukannya kisra atau kaisar yang hidup pada zaman nabi ). Latar belakang hadith ini ialah disebabkan kebimbangan suku Quraish yang sejak dulu menjalin hubungan perdagangan dengan Syam dan Iraq. Mereka bimbang disebabkan mereka memeluk Islam hubungan perdagangan mereka terputus. Oleh itu, Nabi SAW menegaskan dan meyakinkan mereka serta memberi khabar gembira pada mereka melalui hadith ini bahawa kekuasaan parsi dan Byzantium akan segera berakhir.

Pengajaran Hadith

1. Hadith tersebut menunjukkan salah satu tanda fitnah yang disabdakan oleh Nabi SAW tentang Kisra dan Kaisar. Ianya perlu diambil iktibar oleh semua umat Islam.
2. Golongan kafir akan mengalami kejatuhan akhirnya seperti mana yang digambarkan di dalam hadith.

Rujukan
Imam al-Hafiz Abi Husain Muslim bin al-Hajjaj. Sahih Muslim. Baitul Afqar Dauliyyah: Riyadh. Kitab 52. Bab 18. No. Hadith 2918. Halaman: 1169.
Yusof al-hajj Ahmad, ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al-Quran Dan Sunnah,2009, Al-Hidayah Publication ,Kuala Lumpur, hlmn 42-43.

Pengkhabaran Rasulullah Tentang Al-Fitan

حدثنا أبو اليمان أخبرنا شعيب عن الزهري (ح) وحدثنا إسماعيل حدثني أخي عن سليمان عن محمد بن أبي عتيق عن ابن شهاب عن هند بنت الحارث الفراسية أن أم سلمة زوج النبي صلى الله عليه وسلم قالت: استيقظ رسول الله صلى الله عليه وسلم ليلة فزعا يقول ( سبحان الله ماذا أنزل الله من الخزائن وماذا أنزل من القتن من يوقظ صواحب الحجرات – يريد أزواجه لكي يصلين- رب كاسية في الدنيا عارية في الأخرة ).

Maksudnya:
Abu al-Yaman telah menceritakan kepada kami, Shu’aib telah mengkhabarkan kepada kami, ح, Ismail telah menceritakan kepada kami, saudaraku telah menceritakan kepadaku daripada Sulaiman daripada Muhammad bin Abi Atiq daripada Ibn Shihab daripada Hindun binti al-Harith al-Firasiyyah, bahawa Ummu Salamah isteri Nabi SAW berkata, Rasulullah SAW telah bangun pada waktu malam dengan mengejut dan bersabda: “Apa yang Allah turunkan daripada harta-harta dan apa yang Allah turunkan daripada fitnah? Siapakah yang boleh menolong untuk mengejutkan puan-puan ( Isteri-isteri ) empunya bilik supaya mereka solat. Boleh jadi orang yang memakai pakaian di dunia tidak akan berpakaian di akhirat”.

(BUKHARI. KITAB ILMU. BAB ILMU DAN NASIHAT DI MALAM HARI. NO HADITH 6658)

Keterangan Hadith :
Maksud Imam Bukhari tentang bab mengajarkan ilmu di malam hari adalah menjelaskan bahawa larangan bercengkerama setelah isyak’ adalah khusus dalam masalah yang tidak ada unsur kebaikannya. سبحان الله ماذا. Kata istifham (pertanyaan) dalam kalimah ini menggambarkan rasa takjub dan pengagungan. أنزل (Diturunkan). Maksudnya, bahawa para malaikat telah turun untuk memberitahukan tentang perkara-perkara yang telah ditetapkan, atau Nabi S.a.w bermimpi telah diturunkan wahyu kepada baginda mengenai bencana dan fitnah yang akan terjadi setelah meninggalnya.صواحبات الحجر. Maksudnya, rumah-rumah para isteri Nabi s.a.w . Dikhususkannya mereka untuk dibangunkan, adalah kerana pada saat itu mereka hadir atau juga hal ini termasuk “Mulailah dari diri anda sendiri kemudian baru keluarga anda”.

Pengajaran hadith :
1). Seorang suami disarankan supaya membangunkan isteri dan ahli keluarganya di malam hari untuk menunaikan ibadah terlebih lagi tatkala terjadi/muncul tanda-tanda kebesaran Allah.
2). Anjuran untuk bersegera melakukan solat tatkala merasa takut datangnya keburukan, demikian pula kebiasaan Nabi s.a.w kalau sedang merasa tertekan akibat suatu perkara maka beliau segera menunaikan solat.
3). Boleh mengucapkan tasbih (subhanallah) ketika menyaksikan sesuatu yang mengerikan (maksudnya turunnya fitnah).

Rujukan:

Ibn Hajar al-Asqalani. 2009. Fathul Baari Penjelasan Kitab Sahih al-Bukhari. Penterjemah: Gazirah Abdi Ummah. Cet. 9. Jil. 1. Jakarta: Pustaka Azzam. Hlm 402-403.

Beriman akan keluarnya Dajjal

Beriman akan keluarnya Dajjal merupakan kewajiban bagi setiap muslim, karena hal ini termasuk dalam makna iman kepada hari akhir. Hadits-hadits yang berkaitan dengan masalah Dajjal adalah hadits mutawatir sebagaimana ditegaskan para ulama ahlul hadits di antaranya Ibnu Katsir, Al-Hafizh Ibnu Hajar, Al-Imam Asy-Syaukani, dan Asy-Syaikh Al-Albani rahimahumullah. Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullahu berkata: “Keluarnya Dajjal adalah pasti berdasarkan As-Sunnah dan ijma’.” (Syarh Lum’atul I’tiqad)

Al-Imam Ibnu Zamanin rahimahullahu menyatakan: “Ahlus Sunnah mengimani akan keluarnya Dajjal, mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Ta’ala melindungi engkau dari fitnahnya.”

Inilah keyakinan Ahlus Sunnah wal Jamaah. Tidak ada yang mengingkari akan keluarnya Dajjal kecuali ahlul ahwa atau orang yang jahil (awam). Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullahu berkata: “Iman tentang adanya dan akan keluarnya Dajjal adalah haq. Ini merupakan madzhab Ahlus Sunnah dan semua ahlul fiqih dan hadits. Berbeda dengan yang mengingkarinya dari kalangan Khawarij dan Mu’tazilah….” (At-Tadzkirah hal. 552)

Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullahu berkata (setelah membawakan hadits-hadits tentang Dajjal): “Sebagian Khawarij, Mu’tazilah, dan Jahmiyah telah menyelisihi masalah ini. Mereka mengingkari adanya Dajjal dan menolak hadits-hadits yang shahih.” (Fathul Bari)

Dari sini jelaslah bahwa orang-orang terdahulu yang mengingkari akan keluarnya Dajjal adalah ahlul bid’ah dari kalangan Jahmiyah, Khawarij, dan Mu’tazilah.

Di masa sekarang ini juga muncul orang-orang yang mengingkari Dajjal sebagai sosok yang akan keluar di akhir zaman. Mereka mengikuti kesesatan pendahulu mereka. Ada yang mengingkarinya dengan alasan haditsnya ahad. Sebagian lagi menakwilkan hadits-hadits tentang Dajjal sesuai hawa nafsu mereka. Di antara yang mengingkarinya adalah Muhammad Abduh. Dia berkata: “Dajjal hanyalah rumuz (simbol) bagi perkara khurafat, kedustaan, dan kejelekan….” (Tafsir Al-Manar, sebagaimana dinukil oleh Dr. Ahmad Sa’d Hamdan dalam Tahqiq Ushul I’tiqad Ahlus Sunnah)

Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu berkata: “Yang mengherankan, takwil yang dilakukan Muhammad Abduh ini justru didahului oleh seorang yang mengaku nabi (Mirza Ghulam Ahmad Al-Qadiyani Al-Hindi, ”nabi”-nya aliran Ahmadiyah). Dia ulang-ulang takwil seperti ini di dalam kitab-kitab dan risalahnya.” (Lihat Qishshatu Masihid Dajjal wa Nuzul ‘Isa, karya Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu)

Syubhat Ahlul Bid’ah

Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu menyimpulkan, syubhat mereka yang mengingkari Dajjal secara global tersimpulkan dalam dua hal:

1. Tasykik (meragukan dan membuat keraguan) akan shahihnya hadits-hadits tentang keluarnya Dajjal, sebagaimana dilakukan oleh Mahmud Syaltut dan Muhammad ‘Abduh. Juga Al-Maududi yang menyatakan keluarnya Dajjal hanyalah zhan (dugaan).

2. Menakwil dan men-ta’thil (menolak) nash-nash yang ada. Ketika mereka tidak mampu untuk menyatakan dhaifnya hadits-hadits tentang Dajjal, mereka pun menakwilkannya dengan menyatakan Dajjal bukanlah sosok (nyata) tapi hanyalah rumuz (simbol) dari kejahatan, kedustaan, dan kejelekan-kejelekan. Seperti dilakukan oleh Muhammad Abduh dan Muhammad Fahim Abu Ubayyah. (Lihat Qishshatu Masihid Dajjal wa Nuzul ‘Isa karya Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu)

Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu berkata: “Untuk membantah secara rinci orang-orang yang meragukan hadits tentang Dajjal, ada tempat lain selain kitab ini. Cukuplah dalam membantah mereka dengan adanya kesepakatan para ulama hadits dan penghafalnya atas kemutawatiran hadits tentang Dajjal dan turunnya Isa ‘alaihissalam. Para imam tersebut di antaranya Ibnu Katsir rahimahullahu dan Ibnu Hajar rahimahullahu, serta selain keduanya. Bahkan Al-Imam Asy-Syaukani rahimahullahu menulis risalah yang berjudul Taudhih fi Tawaturi ma Ja`a fil Muntazhar wa Dajjal wal Masih.” (Qishshatu Masihid Dajjal, hal. 24-25)

Adapun untuk membantah mereka yang menyatakan Dajjal hanyalah semata simbol kerusakan dan kedustaan, atau simbol kemajuan dan fitnah Eropa, cukup dengan hadits-hadits yang menunjukkan bahwa Dajjal adalah manusia, punya mata, rambut, kepala, dan lainnya yang sudah dipaparkan dalam masalah sifat-sifat Dajjal. Di antaranya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata (yang artinya): “Dajjal matanya buta sebelah, kulitnya putih.”

Dalam satu riwayat:

هِجَانٌ أَزْهَرُ كَأَنَّ رَأْسَهُ أَصَلَةٌ أَشْبَهُ النَّاسِ بِعَبْدِ الْعُزَّى بْنِ قَطَنٍ فَإِمَّا هَلَكَ الْهُلَّكُ فَإِنَّ رَبَّكُمْ تَعَالَى لَيْسَ بِأَعْوَرَ

“Kulitnya putih seperti keledai putih. Kepalanya kecil dan banyak gerak, mirip dengan Abdul ‘Uzza bin Qathan. Jika ada orang-orang yang binasa (mengikuti fitnahnya), ketahuilah Rabb kalian tidaklah buta sebelah.” (HR. Ahmad dan Ibnu Hibban, Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu berkata: Sanadnya shahih menurut syarat Muslim. Lihat Ash-Shahihah no. 1193)

Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu berkata: “Hadits ini menunjukkan Dajjal akbar adalah manusia, mempunyai sifat seperti manusia. Apalagi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menyerupakannya dengan Abdul ‘Uzza bin Qathan radhiyallahu ‘anhu, seorang shahabat. Hadits ini adalah satu dari sekian banyak dalil yang membatilkan takwil sebagian orang yang menyatakan Dajjal bukanlah sosok tapi rumuz (simbol) kemajuan Eropa berikut kemegahan serta fitnahnya. (Yang benar) Dajjal adalah manusia, fitnahnya lebih besar dari fitnah Eropa sebagaimana banyak diterangkan dalam banyak hadits.” (Ash-Shahihah, 3/191)

Al-Qadhi ‘Iyadh rahimahullahu berkata: “Hadits-hadits ini adalah hujjah bagi Ahlus Sunnah akan benarnya keberadaan Dajjal, bahwa Dajjal adalah satu sosok tubuh (manusia) yang merupakan ujian dari Allah Subhanahu wa Ta’ala bagi hamba-hamba-Nya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berikan dia kemampuan melakukan beberapa perkara, seperti menghidupkan orang mati yang ia bunuh, memunculkan kesuburan, sungai, surga dan neraka, perbendaharaan bumi mengikuti dirinya, memerintahkan langit untuk hujan lalu turunlah hujan, memerintahkan bumi untuk menumbuhkan maka tumbuhlah tanaman-tanaman. Itu semua terjadi dengan kehendak Allah Subhanahu wa Ta’ala, kemudian ia tak mampu melakukannya, tidak mampu membunuh seorang laki-laki (yang sebelumnya dibunuh kemudian dihidupkan kembali olehnya), ataupun lainnya….”

Ancaman Salaf dan Para Ulama terhadap Orang yang Mengingkari Keluarnya Dajjal

‘Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu berkata:

“Akan ada pada kalian satu kaum yang mendustakan rajam dan Dajjal serta mendustakan terbitnya matahari dari barat, adzab kubur, mendustakan syafaat serta mendustakan keluarnya manusia dari neraka setelah menjadi arang. Sungguh kalau aku mendapati mereka, akan kubunuh sebagaima pembunuhan terhadap kaum ‘Ad dan Tsamud.” (Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu berkata: Diriwayatkan oleh Ad-Dani rahimahullahu dalam kitab Al-Fitan dan Ahmad rahimahullahu dengan ringkas, sanadnya hasan)

Dari pembahasan ini kita mendapat satu faedah penting, yaitu harusnya kita memahami ilmu agama ini dengan penjelasan dan pemahaman ulama ahlul hadits yang berjalan di atas manhaj Ahlus Sunnah, dan bahaya yang mengancam seorang muslim jika tidak menyandarkan pada pemahaman mereka, karena ahlul hadits adalah orang yang paling tahu keshahihan dan makna hadits-hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata:

لاَ تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي يُقَاتِلُوْنَ عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِيْنَ عَلَى مَنْ نَاوَأَهُمْ حَتَّى يُقَاتِلَ آخِرُهُمْ الْمَسِيْحَ الدَّجَّالَ

“Akan senantiasa ada pada umatku orang-orang yang di atas al-haq menang dalam menghadapi orang yang memusuhi mereka, hingga orang akhir mereka memerangi Dajjal.” (Lihat Ash-Shahihah, no. 1959)

Al-Imam Ahmad rahimahullahu berkata: “Jika mereka itu bukan ahlul hadits, aku tidak tahu siapa lagi mereka.” Walhamdulillah.

Ucapan Ulama tentang Kejadian Luar Biasa pada Dajjal

Al-Qadhi ‘Iyadh rahimahullahu berkata: “Hadits-hadits ini yang disebutkan oleh Al-Imam Muslim rahimahullahu dan selain beliau tentang kisah Dajjal adalah hujjah bagi ahlul haq tentang kebenarannya. Dia adalah manusia biasa yang dijadikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai ujian bagi hamba-hamba-Nya. Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan kemampuan kepadanya berupa hal-hal yang merupakan kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta’ala semata, seperti menghidupkan mayat yang dibunuhnya, serta bersamanya ada segala kenikmatan dunia, surga dan neraka, perbendaharaan dunia, dia memerintahkan langit untuk menurunkan hujan lalu terjadi dan memerintahkan bumi untuk menumbuhkan lalu terlaksana. Semuanya terjadi dengan kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan kehendak-Nya. Kemudian Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan kepadanya ketidaksanggupan untuk membunuh orang tersebut (setelah dia menghidupkannya) dan selain orang tersebut. Allah Subhanahu wa Ta’ala juga membatilkan urusannya lalu dia dibunuh oleh Nabi ‘Isa ‘alaihissalam dan Allah Subhanahu wa Ta’ala mengokohkan orang-orang yang beriman. Inilah madzhab Ahlus Sunnah dan seluruh ahli hadits serta para fuqaha dan para peneliti. Berbeda dengan orang-orang yang mengingkarinya dan menolak perkaranya, seperti Khawarij, Jahmiyyah, sebagian Mu’tazilah serta selain mereka, yaitu bahwa Dajjal itu benar adanya, namun kejadian-kejadian luar biasa pada diri Dajjal adalah khayalan yang tidak memiliki hakikat. Mereka mengira, jika hal itu benar niscaya tidak ada perbedaan dengan mukjizat yang terjadi pada diri nabi. Cara berfikir seperti ini termasuk kesalahan mereka seluruhnya, karena Dajjal tidak mengaku sebagai nabi dan apa yang terjadi pada dirinya hanya sebatas sebagai bukti bahwa dia Dajjal. Dia justru mengaku sebagai Rabb, meski pada kenyataannya dia berdusta dalam pengakuannya, dari sisi penampilannya sendiri, sesuatu yang baru terjadi, kekurangan dalam hal penciptaan, ketidaksanggupannya untuk menghilangkan kebutaan matanya dan menghilangkan tulisan kafir yang terdapat di antara dua matanya.

Karena bukti-bukti ini dan selainnya pada diri Dajjal, maka tidak tertipu dengannya kecuali orang-orang rendahan. Ini semata-mata untuk menutupi keinginan dan kemiskinan, berharap untuk memenuhi kebutuhan hidup, atau menyelamatkan dirinya, atau takut dari gangguannya, karena fitnahnya yang dahsyat dan membingungkan akal.

Oleh karena itulah, para nabi memperingatkan dari fitnahnya serta menjelaskan tentang kelemahan dan bukti kedustaannya. Adapun orang yang diberikan taufiq oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala mereka tidak akan tertipu dan terpesona dengan apa yang menyertainya dari bukti-bukti yang penuh kedustaan bersamaan dengan apa yang telah dijelaskan tentang keadaannya. Pantaslah orang yang telah dibunuhnya berkata: “Tidak menambahku tentang dirimu kecuali keyakinan.” (Syarah Shahih Muslim 18/58-59 dan Fathul Bari 13/105)

Al-Hafizh Ibnu Katsir rahimahullahu berkata: “Sesungguhnya Dajjal dijadikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai ujian bagi hamba-hamba-Nya dengan kejadian-kejadian luar biasa yang diciptakan Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui tangannya yang bisa disaksikan pada masanya. Dan bagi orang yang memenuhi panggilannya; memerintahkan langit untuk menurunkan hujan lalu turun dan memerintahkan bumi untuk menumbuhkan tanamannya lalu terlaksana yang bisa dimakan oleh binatang-binatang ternak dan dimanfaatkan oleh mereka sendiri kemudian mereka bisa mengambil manfaat dari binatang ternak baik daging ataupun susunya. Dan orang yang tidak memenuhi panggilannya serta menolak seruannya akan ditimpa oleh paceklik penuh kekurangan, binatang-binatang ternak mereka habis mati, kekurangan pada harta benda, jiwa, dan buah-buahan. Bersamanya juga ada perbendaharaan bagaikan mayang kurma dan dia membunuh seseorang lalu menghidupkannya. Ini semua bukan penipuan melainkan hakikat yang nyata yang diciptakan Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk menguji hamba-hamba-Nya pada akhir zaman nanti. Allah Subhanahu wa Ta’ala menyesatkan banyak orang dan memberikan hidayah kepada mereka. Orang-orang yang ragu, niscaya mereka akan kafir. Dan akan bertambahlah iman orang-orang yang beriman.” (An-Nihayah/Al-Fitan Wal Malahim 1/121)

Ibnu Hajar rahimahullahu berkata: “Pada diri Dajjal terdapat bukti nyata atas kedustaannya di hadapan orang-orang yang berakal. Karena dia memiliki wujud fisik serta memiliki bukti dari perbuatannya. Bersamaan dengan kekurangan pada dirinya bahwa dia adalah orang yang buta sebelah matanya. Jika dia menyeru manusia untuk mempertuhankannya itu menunjukkan keadaannya yang paling buruk. Bagi orang yang berakal mengetahui bahwa dia tidak mungkin akan bisa menciptakan selainnya, memperbaiki dan memperbagus serta dia tidak sanggup untuk menghilangkan kekurangan (seperti: matanya yang buta, tulisan kafir di dahinya, dll) yang ada pada dirinya. Maka ucapan yang paling ringan untuk dikatakan adalah: ‘Wahai orang yang menyangka bisa menciptakan langit dan bumi, bentuklah dirimu, perbaguslah dan hilangkan sifat kekurangan pada dirimu. Dan jika kamu menyangka bahwa tidak akan terjadi sesuatu yang baru pada diri Rabb, maka hilangkan apa yang tertulis di antara kedua matamu’.” (Fathul Bari 13/103)

Ibnul ‘Arabi rahimahullahu berkata: “Segala tanda-tanda kebesaran yang terjadi pada tangan Dajjal, dari turunnya hujan serta tanah menjadi subur bagi orang yang memercayainya, dan ketandusan atas orang yang mengingkarinya, dan segala yang bersamanya berupa perbendaharaan bumi, bersamanya surga dan neraka dan air yang mengalir, semuanya merupakan ujian dari Allah Subhanahu wa Ta’ala agar orang-orang yang ragu menjadi binasa dan orang-orang yang bertakwa menjadi selamat. Semuanya merupakan perkara yang sangat menakutkan. Oleh karena itu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Tidak ada fitnah yang paling besar dari fitnah Dajjal.” (Fathul Bari 13/103)

Demikianlah beberapa ucapan para ulama bahwa kejadian-kejadian luar biasa pada diri Dajjal adalah perkara yang hakiki, bukan khayalan atau sebuah kamuflase. Dan demikianlah keterangan-keterangan nash yang wajib diimani.