Pembinaan KLIA2 merupakan langkah strategik Malaysia untuk menerajui sektor penerbangan di rantau Asia Tenggara pada masa hadapan. Pembukaan KLIA2 secara rasmi pada 1 Mei 2014 akan melonjakkan lagi industri aero-angkasa di Malaysia di mana ia sekaligus akan menjadi HUB BARU kepada syarikat-syarikat penerbangan untuk beroperasi secara serius. Kewujudan KLIA2 ini sedikit sebanyak telah menyebabkan berlakunya penghijrahan syarikat-syarikat penerbangan tambang murah seperti Airasia, Malindo, Firefly, Indigo, Tiger dan Cebu Airlines secara total. Ia menyebabkan berlakunya sedikit penurunan permintaan domestik dan antarabangsa kepada bilangan kapal terbang yang beroperasi di Thailand, Singapura dan Filipina.
Malaysia Airlines (MAS)
MAS merupakan salah satu syarikat penerbangan yang diiktiraf sebagai pengendali syarikat penerbangan yang terbaik dari aspek teknikal dan penyelenggaraan pesawat, pengembangan sumber manusia terlatih dalam pengendalian pesawat dan kualiti perkhidmatan kabin kru terbaik dalam segmen antarabangsa. Namun, keadaan ini amat merisaukan kerajaan tentang jangka hayat dan ‘survival’ MAS menuju wawasan 2020. Dikhabarkan nilai sahan MAS kini berlegar di sekitar 20 hingga 25 sen sesaham. Jika iannya berterusan, maka tidak hairanlah jika terdapat usaha-usaha terancang untuk mempercepatkan kebankapan MAS oleh tangan-tangan ghaib.
Apa tidaknya, jika dihitung secara kasar jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh MAS, dianggarkan ianya berjumlah RM119.5 juta yang meliputi 239 penumpang dari 14 negara yang berbeza. Ini tidak termasuk lagi kos atau denda yang akan dikenakan oleh FIA, jika didapati MAS telah melakukan kecuaian ke atas penyelenggaraan pesawat tersebut. Keadaan kewangan MAS yang tidak menentu akan menyebabkan berlakunya penyusutan tabung syarikat secara drastik. Tidak mustahil, terdapat usaha-usaha terancang sedang dimainkan oleh proksi tertentu yang cuba memaksa MAS untuk bergabung dengan syarikat penerbangan Barat-Zionis yang berselindung di sebalik jenama Islam. Di antaranya ialah syarikat penerbangan Arab-Islam yang telah di’Barat-Zionis’kan seperti syarikat penerbangan Emirate, Qatar dan Etihad Airlines.